Postingan

Menampilkan postingan dari Mei, 2008

Rahasia Hidup | Rahasia Hari Ini | Rahasia Yang Tersimpan | isalkamal | SIAPAKAH YANG DISEBUT AHLUL BAIT ?

Rahasia Hidup | Rahasia Hari Ini | Rahasia Yang Tersimpan | isalkamal | SIAPAKAH YANG DISEBUT AHLUL BAIT ? SIAPAKAH YANG DISEBUT AHLUL BAIT ? Istilah AHLUL BAIT berasal dari firman Allah swt sebagaimana termaktub di dalam Al-Quran- Karim Surah Al-Ahzab:33 yang berbunyi: "Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kalian, ahlul bait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya" Dalam artikata biasa "ahlul-bait" bermakna "keluarga" atau "anggota rumahtangga. Akan tetapi dalam kaitanya dengan makna ayat tersebut, para ahli tafsir berbeza pendapat. Muhammad Jawad Maghniyyah dalam kitabnya yang berjudul "Al-Husain Wal-Quran" halaman 18-19 menerangkan, bahawa menurut riwayat 'Ikrimah dan Az-Zayyad ayat tersebut ditujukan khusus kepada para isteri Rasulullah saw kerana penafsiran ayat tersebut dikaitkan dengan ayat sebelumnya, iaitu yang berkenaan dengan para isteri beliau saw. Akan tetapi sebagian besar para ahli tafsir berpegan