Rahasia Hidup | Isalkamal | Apa kata tuhan?

Rahasia Hidup | Isalkamal | Apa kata tuhan?

Taqwa Bekalan Dunia Akhirat


http://nikhasnan.wordpress.com
January 25th, 2007

Taqwa adalah bekalan untuk dunia dan hari Akhirat. Firman Allah SWT:Maksudnya: “Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya, sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa.” (Al Baqarah: 197) Ramai muallim menghuraikan sifat taqwa itu adalah bekalan di hari Akhirat. Itu tidak boleh dinafikan. Itulah yang penting. Itulah yang asas.

Tetapi bagi orang mukmin, taqwa juga perlu sebagai bekalan untuk dunia. Sebab jalan dan landasan kejayaan di dunia bagi orang mukmin adalah taqwa. Dengan taqwa dia dibantu Tuhan. Untuk berjaya dalam berekonomi perlukan taqwa. Hendak dapat kemenangan dalam perjuangan mesti dengan taqwa. Hendak mendapat bantuan dan pertolongan Tuhan, mestilah berdasarkan taqwa. Hendak terlepas dari azab, penderitaan dan bala bencana di dunia mesti dengan sifat taqwa. Di sinilah kita lihat, bukan sahaja taqwa itu penting di Akhirat tetapi untuk orang mukmin, mereka juga mendapat bantuan, rahmat, berkat, kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan dari Tuhan di dunia lagi dengan adanya sifat taqwa.

Tuhan janjikan kepada orang yang bertaqwa:

1. Rezekinya terjamin

2. Lepas dari bencana

3. Diberi kejayaan

4. Diberi kemenangan

5. Dihapuskan dosanya

6. Diturunkan berkat dari langit dan bumi

7. Diberi bantuan dan pembelaan

8. Dilepaskan dari masalah hidup

9. Diberi ilmu

10. Dipermudahkan urusan

11. Diwariskan bumi ini

Firman Allah SWT: Maksudnya: “Allah jadi pembela (pembantu) bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)

Maksudnya: “Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Kami akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)

Maksudnya: “Barang siapa bertaqwa kepada Allah, nescaya dipermudahkan urusannya.” (At Thalaq: 4)

Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah, necaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)

Maksudnya: “Barang siapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.” (At Thalaq: 2-3)

Maksudnya: “Sesungguhnya bumi ini diwarisi hambahamba- Ku yang soleh (bertaqwa).” (Al Anbiya: 105)

Kalau tidak ada taqwa, mungkin Allah bantu juga seperti Allah bantu orang-orang kafir. Ertinya dapat bantuan dan pertolongan atas dasar istidraj iaitu atas dasar kutukan dan kemurkaan Tuhan. Tuhan beri dengan tidak redha. Istidraj sebenarnya adalah satu tipuan dari Tuhan. Akhirnya nanti akan terjun ke dalam Neraka. Dengan kejayaan itu mereka akan berbuat maksiat dan kemungkaran di atas muka bumi. Ia akan rosak dan merosakkan.

Di sini jelas bagi kita bahawa sifat taqwa itu bukan sahaja perlu di Akhirat tetapi perlu juga di dunia lagi. Orang kafir Allah menangkan atas dasar quwwah (kekuatan lahir). Orang mukmin diberi kemenangan atas dasar taqwa.





Komentar

Postingan populer dari blog ini

Master Saeho | Transfer Energi | Pengobatan Tradisional China

Tingginya Pengguna Internet menggunakan handphone

3 kunci sukses